Nawaitu

Perasan tak, dalam islam setiap perkara yang nak dilakukan harus di mulakan dengan niat. Kan?

Solat..mesti niat

Puasa..mesti niat

Even mandi wajib pun perlu berniat untuk sah kan? Kenapa?

Sebab Allah nak nyatakan dekat kita yang betapa pentingnya niat sebelum memulakan sesuatu perkara.

Sebab Innamal a’malu binniyat “(Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat)

Sabda Nabi SAW

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa(niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Tau tak..setiap perbuatan kita akan dapat kebaikan (pahala) jika kita sertakan dengan niat yang baik. Contoh:

Nak basuh kereta, niat: Ya Allah, aku nak basuh kereta ni kerana nak kereta ni dalam keadaan bersih, kerana Engkau sukakan kebersihan. Niat kerana Allah. Dah dapat satu kebaikan.

Nak makan, niat: Ya Allah, aku makan ni untuk menambahkan tenaga, supaya aku boleh mengerjakan ibadah kepadaMu. Niat kerana Allah maka lagi satu kebaikan diperolehi.

Nak belajar, niat: Ya Allah, aku belajar untuk beroleh ilmu supaya aku dapat menggunakan ilmu ini dijalanMu. Niat kerana Allah, nah! satu lagi kebaikan.

Ya Allah, mudahnya dapat pahala..betapa Allah ni Ar-rahman Ar-rahim. Hanya dengan niat dah dapat satu kebaikan.

Tapi jangan pulak kita hanya berniat tapi tak mengerjakannya, sikit pulak pahala kita dapat nanti. 🙂 Cuma bab-bab macam solat, puasa, zakat, niat saja tak cukup WAJIB untuk kita mengerjakannya. Sebab itu suruhan Allah

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)

Notakaki:

Dah dapat idea untuk share tazkirah dalam bulatan gembira minggu nie 🙂

Oh ya.

Saya baru bertatih. Masih dalam misi mencari Dia. Masih sangat kurang ilmunya. Masih berasa takut berkongsi rasa. Jika tersalah kata, tersalah berkongsi kata, beri teguran supaya dapat di perbetulkan.

ps. Semoga Allah merahmati

Remedy

Hati ni Allah yang pegang,

Dan Allah berhak untuk membolak balikkan hati kita bila-bila masa yang Dia inginkan..

Maka,

Bila kita rasa malas, kita rasa bosan, kita rasa susah untuk consistent berubah lebih baik..

Remedy that defect.

How?

Zikir.

Kan?

SubhanaAllah (Maha Suci Allah)

Alhamdulillah (Segala Puji bagi Allah)

Lailahaillallah (Tiada tuhan selain Allah)

Allahukabar (Allah Maha Besar)

Zikirla 100x, dalam kereta ke, dalam bas ke, dalam office ke, sambil makan ke..mana2 je la 😀

dalam tandas tak payah kot..

Mudah kan 🙂

Zikirlah senantiasa sebab Allah kata

” Ingatlah Aku supaya Aku akan mengingatmu”

Random Thoughts

It’s difficult to change from be good to be a better,

But the difference between these two strong words is

Effort.

 

p.s This is a new page, I will no longer update the old one but yes, it is still existing. Just need some fresh air to a new me. Oh, i still remain update on my current book review blog. InshaAllah 🙂